PENDARATAN MANUSIA DI BULAN SATU PEMBOHONGAN

Untuk pengetahuan para pembaca jarak antara planet Bumi dan Satelit Semula Jadi Bumi (Bulan) ada sejauh 384.403 km. Pendaratan manusia di Bulan masih lagi menjadi keraguan bagi umat manusia berikutan gambar yang disebarkan National Aeronautics And Space Administration (NASA) boleh dibahaskan.

Manusia yang pertama mendarat di Bulan ialah Neil Amstrong pada 20 Julai 1969 dengan menggunakan pesawat Apollo 11.


Neil Amstrong

Berikut adalah gambar yang diambil semasa pendaratan manusia di Bulan.


Ada beberapa kemusykilan di sini. Kita diajar bahawa di Bulan tiada udara tetapi bagaimana bendera Amerika Syarikat boleh berkibar di permukaan Bulan? Cuba perhatikan betul-betul kapal yang berada di belakang angkasawan. Pesawat tersebut dikatakan digunakan untuk mendarat di Bulan tetapi di manakah kesan hentaman semasa proses pendaratan dan keratan tanah permukaan Bulan berada dalam keadaan mendatar dan sedikit pun tidak tenggelam.

Gambar ini diambil secara langsung dari Bulan dan dihantar ke Pusat Angkasa di Bumi tetapi tahukh anda bahawa pada tahun 1969 teknologi wireless masih belum wujud. Yang ada hanyalah gelombang radio yang mempunyai frekuensi seperti yang digunakan untuk alat yang dipanggil kod morse. Pada gambar tersebut juga cuba perhatikan langit di Bulan. Langit di sana sangat pekat hitamnya. Di mana bintang-bintang? Kita di Bumi mempunyai udara dan lapisan atmosfera tetapi kita masih boleh melihat bintang-bintang di angkasa. Tetapi bagaimana ia boleh menjadi gelap gelita di Bulan? Tidakkah ia menjadi suatu misteri.


Cuba perhatikan gambar di atas. Kita semua tahu bahawa di Bulan mempunyai tarikan graviti yang sangat rendah iaitu 1/6 daripada Bumi tetapi bagaimana tapak kaki angkasawan ini boleh menjadi begitu dalam dan jelas di permukaan Bulan?

Begitu banyak kemusykilan pada gambar yang telah disebarkan oleh NASA. Jadi pendaratan manusia di Bulan menjadi tanda tanya sehingga sekarang. Walaubagaimanapun terpulanglah kepada anda untuk menilai sendiri.

No comments:

Post a Comment