Informasi Gye Baek.
Gye Baek merupakan seorang jeneral kerajaan purja Korea di Baekje pada awal abad ke-7. Gye Baek mati pada 9 Julai 660. Corak Taekwondo Gye Baek dinamakan sempena nama beliau.
Pertarungan Terakhir.
Pada tahun 660, Baekje telah diserang oleh 50,000 tentera dari kerajan Silla dan disokong 144,000 bala tentera kerajaan Tang. Jeneral Gye Baek dengan hanya 5,000 tentera di bawah pimpinannya telah bertemu di medan perang Hwangsanbeol.
Sebelum memasuki medan perang, Gye Baek telah membunuh isteri dan anak-anaknya moral dan semangat patriotik tenteranya yang telah menurun ekoran jumlah tentera yang bakal dihadapi mereka semua.
Tentera Baekje pimpinan Jeneral Gye Baek memenangi empat pertempuran awal sehingga menyebabkan kecederaan teruk kepada tentera Silla. Walau bagaimanapun akhirnya, tentera Baekje pimpinan Jeneral Baekje mengalami keletihan dan dikelilingi oleh tentera Silla sehingga menyebabkan ramai tentera Baekje terbunuh termasuklah Jeneral Gye Baek.
Selepas Kematiannya.
Selepas kematian Jeneral Gye Baek, kerajaan Baekje akhirnya akhirnya dimusnahkan selepas 678 tahun memerintah sejurus selepas kekalahan dan kematian Jeneral Gye Baek di Hwangsanbeol.
No comments:
Post a Comment