Siapakah Chow Chee-Keong? Bukan semua mengenali beliau. Kita sering mendengar nama R. Arumugam, Rashid Hassan atau Ong Yu-Tiang sebagai legenda penjaga gol Malaysia. Chow Chee-Keong juga merupakan seorang legenda penjaga gol Malaysia. Beliau disenaraikan dalam Top 10 Penjaga Gol Terbaik Asia Sepanjang Zaman.
Beliau digelar Pintu Besi Asia ketika beraksi di Liga Hong Kong. Beliau telah mewakili pasukan Malaysia Bawah 20 Tahun ketika baru berusia 13 tahun pada 1963. Dua tahun berikutnya, beliau diserapkan ke dalam skuad senior. Beliau dipilih sebagai penjaga gol terbaik Asia sebanyak 5 kali pada tahun 1966 hingga 1970.
Beraksi untuk pasukan Hong Kong Rangers FC pada tahun 1970 sebagai pemain tetamu sebelum menyertai pasukan Jardines. Setahun selepas itu, beliau menyertai South China AA selama 3 musim. Pasukan Tung Sing merupakan pasukan terakhir beliau ketika di Hong Kong sebelum pulang ke Malaysia pada 1982. Beliau beraksi untuk skuad Malaysia 3 tahun berturut-turut sebelum bersara dari arena bola sepak.
No comments:
Post a Comment