MISTERI KEMATIAN YURI GAGARIN SELAMA 40 TAHUN AKHIRNYA TERJAWAB


Kematian angkasawan Russia, Yuri Gagarin yang merupakan individu pertama mengorbit bumi pada tahun 1961 telah mencetus pelbagai teori konspirasi.

Ada menyifatkan beliau dibunuh atas arahan pemimpin Soviet, Leonid Brezhnev kerana membocorkan rahsia kerajaan, ada juga berpendapat Yuri Gagarin membunuh diri dan tidak kurang juga mengatakan pesawat beliau menjadi menjadi mangsa dendam objek terbang yang tidak dikenali iaitu UFO ketika berada di angkasa.

Leonid Brezhnev

Akhirnya, setelah 40 tahun menyimpan rahsia, rakan karib Yuri Gagarin, Aleksey Leonov, tampil membuat pendedahan punca sebenar kematian Yuri Gagarin.

Aleksey Leonov

Beliau menjelaskan, ketika latihan penerbangan di Pusat Latihan Penerbangan Russia, terdapat sebuah pesawat pejuang SU-15 tidak dibenarkan melakukan latihan, namun juruterbang pesawat tersebut berdegil untuk terus melakukan latihan penerbangan.

Pesawat itu terbang hampir dengan pesawat Yuri Gagarin. Malangnya juruterbang itu tidak mengikut syarat penerbangan ditetapkan apabila menurunkan had ketinggian penerbangan mencecah 450 meter.

Akhirnya pesawat pejuang SU-15 yang dipandu pada kelajuan super sonik 750 km/j itu melanggar pesawat Yuri Gagarin.

Menurutnya, sebelum kebenaran penerbangan diberi, latihan itu sepatutnya dibatalkan kerana cuaca buruk namun, belum sempat di arahkan, kejadian tersebut telah berlaku dan pesawat terbabit terhempas di perkampungan Novoselova.

Aleksey Leonov adalah merupakan salah seorang daripada panel penyiasat dalam tragedi itu.

No comments:

Post a Comment