1. Kamu mengenal Allah S.W.T tetapi kamu tidak tunaikan hakNya.
2. Kamu mencintai Rasulullah S.A.W tetapi kamu menolak sunnah baginda.
3. Kamu membaca Al-Quran, tetapi kamu tidak beramal dengan Al-Quran.
4. Kamu makan nikmat Allah S.W.T tetapi kamu tidak mensyukuriNya.
5. Kamu berkata syaitan itu musuh kamu tetapi tidak menentangnya.
6. Kamu berkata bahawa Syurga itu benar tetapi kamu tidak beramal untuknya.
7. Kamu berkata bahawa Neraka itu benar tetapi kamu tidak lari daripadanya.
8. Kamu berkata mati itu benar tetapi kamu tidak bersedia untuknya.
9. Kamu bangun dari tidur dan menceritakan keaiban manusia tetapi lupa keaiban sendiri.
10. Kamu kebumikan mayat tetapi kamu tidak mengambil iktibar darinya.
No comments:
Post a Comment