1. Jika ada pakaian yang koyak, Rasulullah S.A.W akan menampal sendiri.
2. Setiap kali pulang ke rumah apabila tiada makanan, baginda menyingsing lengan bajunya untuk membantu isterinya memasak.
3. Jika baginda mendengar azan, baginda cepat-cepat pergi ke masjid dan cepat-cepat pula kembali.
4. Pernah baginda pulang pada waktu pagi, tapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tiada kerana Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, "Belum ada sarapan ya Khumaira." Aisyah menjawab dengan serba salah, "Belum ada wahai Rasulullah." Rasulullah S.A.W lantas berkata, "Jika begitu aku puasa saja hari ini." Tanpa rasa kesal di raut wajah baginda.
5. Baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami memukul isteri mereka. Rasulullah S.A.W menegur, "Mengapa engkau memukul isterimu?" "Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil, jadi aku pukullah dia." Jawab si suami tadi. "Aku tidak tanya alasanmu, aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?"
No comments:
Post a Comment